Kursus Pengajaran Secara Dalam Talian (PdPDT) - JKPK

Kursus ini dijalankan pada 7 Julai 2020, bagi mendedahkan staf kepada kaedah pengajaran secara ‘live teaching’ dengan menggunakan aplikasi Google Meet dan Microsoft Teams. Staf JKPK juga didedahkan kepada aplikasi serta kelengkapan yang boleh diguna semasa sesi pengajaran secara ‘live teaching’ seperti drawing pad dan juga aplikasi INKredible.

Selain itu staf juga turut didedahkan cara membuat video yang lebih mudah dengan menggunakan kaedah ‘screen capture’ menggunakan aplikasi Free Cam. Pendedahan ini diadakan bagi memberi panduan kepada staf untuk menjalankan sesi PdPDT dengan berkesan. Semasa sesi ini juga staf turut merasai pengalaman sendiri bagaimana menggunakan aplikasi Google Meet dan Microsoft Teams dan berkongsi

cara mengatasi masalah yang mungkin atau bakal berlaku semasa sesi ‘live teaching’. Antara masalah yang di utarakan serta dibincangkan cara mengatasinya adalah isu kemudahan internet pelajar yang tidak stabil ataupun sangat lemah sehingga menjejaskan penyampaian ilmu dari staf kepada pelajar.



Post a Comment

0 Comments