Soalan Lazim (FAQ) - Kategori CIDOS

1. Apakah pautan untuk mengakses portal CIDOS (CIDOS 3.5) yang terbaru?

Pensyarah dan Pelajar boleh mengakses CIDOS 3.5 melalui capaian http://cidos.edu.my

2. Siapakah yang patut saya berhubung jika pengguna terlupa katalaluan?

Anda boleh melaksanakan ‘password reset’. Klik butang Login , pilih “forgot password” dan ikut arahan yang diberikan seterusnya. Sekiranya tiada alamat emel yang telah didaftarkan, anda boleh berhubung dengan pihak UICT (Admin CIDOS PKS) untuk password reset.
 

3. Siapakah yang boleh masukkan nota dan bahan-bahan PdP ke platform CIDOS?

Pensyarah yang telah dimasukkan ke dalam platform yang berkenaan oleh Penyelaras ePembelajaran Jabatan/Penyelaras Kursus.

4. Siapakah yang boleh wujudkan platform CIDOS?

Penyelaras ePembelajaran Jabatan.

5. Siapakah yang bertanggungjawab memasukkan pelajar ke dalam platform cidos?

Pensyarah/penyelaras kursus yang telah dimasukkan ke dalam platform yang berkenaan. Ataupun, pelajar sendiri menggunakan ‘password/key’ yang telah diberikan oleh pensyarah kursus masing-masing.
 

6. Apakah yang boleh pensyarah buat sekiranya pensyarah terpadam ataupun ‘unenroll’ daripada platform sendiri??

Pensyarah boleh meminta bantuan Penyelaras ePembelajaran Jabatan untuk enrol semula ke platform sendiri.
 

7. Apakah platform di dalam CIDOS yang digunakan untuk Video Conference, dan bagaimanakah cara pensyarah untuk mengakses manual pengunaannya?

Penyelaras ePembelajaran Jabatan.

8. Adakah Big Blue Button selamat dan boleh diakses oleh orang luar?

Ianya adalah selamat, kerana hanya pelajar dan staf berdaftar sahaja yang boleh menggunakan Big Blue Button.
 

9. Apakah kegunaan Progress Timeline di platfrom CIDOS pensyarah/pelajar?

Kegunaan progress timeline ini adalah untuk para pensyarah dan pelajar memantau peratusan penggunan CIDOS bagi setiap kursus yang diajar/diambil.
 

Post a Comment

0 Comments