Soalan Lazim (FAQ) - Kategori Umum

1. Apakah maksud Pengajaran dan Pembelajaran secara Dalam Talian (PdPDT)?

PdPDT adalah aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang dijalankan secara atas talian yang boleh dicapai / digunakan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja dengan adanya capaian internet dan boleh diakses melalui komputer, telefon pintar dan tablet.

2. Bagaimana PDPDT boleh dilaksanakan?

PDPDT boleh dilaksanakan dalam 3 cara seperti berikut: i. Secara Synchronous: Real time online lecture, yang bermaksud, pelajar dan pensyarah boleh berinteraksi secara dalam talian. ii. Secara Asynchronous: Pensyarah merekod video dan muatnaik ke satu platform (Contohnya: Portal CIDOS/Youtube dsbnya) pelajar boleh menonton video tersebut pada bila-bila masa. iii. Kombinasi kedua-dua pendekatan mengikut kesesuaian. 

3. Di manakah tempat yang sesuai untuk melaksanakan PdPDT?

Tempat yang sesuai untuk melaksanakan PdPDT ialah di tempat yang tiada gangguan seperti di kelas, bilik perbincangan, perpustakaan dan sebagainya.

4. Bagaimanakah cara untuk memastikan pelajar mendengar dan mengikuti sesi PdPDT??

Pensyarah boleh memanggil nama pelajar dan bertanyakan soalan atau membuat pre dan post test. 
 

Post a Comment

0 Comments