Soalan Lazim (FAQ) - Kategori Pensyarah

1. Bolehkah pensyarah menggunakan aplikasi/platform selain daripada CIDOS?

Boleh. Tetapi keutamaan haruslah diberikan kepada platform CIDOS kerana CIDOS merupakan platform ePembelajaran rasmi Politeknik Malaysia. Walaubagaimanapun pensyarah diberi kelonggaran menggunakan aplikasi lain yang bersesuaian sebagai sokongan kepada pelaksanaan PdPDT.

2. Bilakah pensyarah perlu memuat naik bahan pengajaran ke dalam platform CIDOS??

Bahan pengajaran perlu dimuat naik (upload) ke dalam CIDOS sebelum semester bermula.
 

3. Adakah pensyarah masih perlu mengikut jadual waktu yang disediakan oleh JK Jadual Waktu Jabatan?

Ya. Walaupun pembelajaran atas talian boleh dilakukan pada bila-bila masa, aktiviti PdPDT masih perlu dilakukan mengikut jadual waktu yang disediakan bagi mengelakkan pertindihan kelas.

4. Adakah pensyarah boleh mengubah sendiri Jadual Waktu?

Tidak boleh. Pensyarah perlu memohon dan mendapat kelulusan daripada JK Jadual Waktu dan Ketua Jabatan.
 

5. Berapa banyak kelas online yang perlu dijalankan?

PdPDT perlu dijalankan sepanjang sesi JUN 2020 mengikut Jadual Waktu yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan kepada kaedah konvensional akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
 

6. Apakah bentuk bahan pembelajaran kursus melalui pelaksanaan PdPDT?

Cara pembelajaran adalah melalui video pengajaran, bahan multimedia yang mengandungi suara, animasi, gambar, tesk dan memerlukan beberapa interaktif daripada pelajar.
 

7. Apakah aplikasi yang boleh digunakan untuk melaksanakan PdPDT secara persidangan video?

Aplikasi yang menyokong persidangan video secara online untuk tujuan PdP adalah seperti Google Meet, Jitsi, Zoom, Cisco Webex, Microsoft Teams dan lain-lain.

8. Komputer di pejabat tidak mempunyai webcamera untuk video conference.

Pensyarah perlu menyediakan sendiri webcamera untuk pelaksanaan video conference.
 

9. Pengajaran Matematik secara live agak sukar untuk pelajar yang lemah Matematik. Bagaimanakah cara mengatasinya?

Pensyarah perlu mengenalpasti pelajar yang agak lemah dalam penguasaan Matematik dan membuat  beberapa sesi khas untuk pelajar ini. Bilangan pelajar yang tidak ramai di setiap sesi boleh membantu pensyarah untuk fokus kepada golongan ini.

Post a Comment

0 Comments