Soalan Lazim (FAQ) - Kategori UIDM

1. Apakah fungsi UIDM di PKS?

Berfungsi sebagai unit sokongan yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan audio visual bagi keperluan warga PKS sama ada untuk proses PdP atau sebarang aktiviti rasmi yang melibatkan PKS.

2. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di UIDM?

Perkhidmatan fotografi, perkhidmatan audio video dan perkhidmatan rekabentuk grafik.
 

3. Apakah perkhidmatan lain yang disediakan oleh UIDM?

Unit ini menyediakan tiga buah bilik iaitu Bilik Seminar, Mini Auditorium dan Bilik Serbaguna untuk kegunaan aktiviti staf dan pelajar seperti seminar, persembahan projek, kursus, bengkel, mesyuarat dan sebagainya.

4. Bagaimanakan peminjaman peralatan, tempahan penggunaan tempat atau audio visual perlu dilakukan?

Peminjaman peralatan dan tempahan penggunaan tempat atau audio visual perlu dilakukan dengan mengisi borang tempahan yang disediakan di UIDM.
 

5. Dimanakah staf boleh membuat kad pekerja?

Staf boleh membuat kad pekerja dengan menbuat temujanji masa di UIDM.

6. Bangunan manakah yang dibawah seliaan UIDM bagi pengunaan peralatan audio visual?

Bangunan di bawah seliaan UIDM bagi penggunaan audio dan visual adalah Bilik Seminar UIDM, Mini Audiotorium UIDM, Bilik Serbaguna UIDM, Dewan Jubli Perak dan Dewan Kuliah 1.
 

5. Bagaimana untuk menggunakan perkhidmatan senireka grafik di UIDM?

Perkhidmatan senireka grafik hanya boleh digunakan untuk urusan rasmi dan berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di PKS dan perlu berjumpa dengan pereka untuk merujuk senireka yang perlu dibangunkan..

Post a Comment

0 Comments