Bengkel Penggunaan Medium Dalam Talian Bagi Tujuan PDPDT - JKE

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah mengeluarkan Garis Panduan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP) bagi Politeknik dan Kolej Komuniti susulan Perkembangan semasa penularan wabak COVID-19. Semua aktiviti pembelajaran teori yang berlandaskan kurikulum terkini adalah dilaksanakan secara atas talian. Kesemua aktiviti PdP boleh dilaksanakan melalui platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) CIDOS 3.5, Google Classroom, Microsoft Teams dan pelbagai lagi platform atas talian. 

Sehubungan itu, pihak Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah mengambil inisiatif menganjurkan bengkel ini bagi memastikan para tenaga pengajar di JKE dapat menjalankan aktiviti PdP atas talian dengan berkesan dan lancar.

Penganjur: Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kuching Sarawak

Tarikh: 17 OGOS 2020

Tempat: Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kuching Sarawak

Jumlah peserta: 26 orang (Staf JKE)

Pengisian Aktiviti:

Bengkel 1

  •     Tajuk: BigBlueButton dalam LMS CIDOS 3.5
  •     Fasilitator: Pn Azyyati binti Basrol, Pensyarah JKE.

Bengkel 2

  •     Tajuk: Microsoft Teams & Office 365
  •     Fasilitator: Dr. Nurzakiah Hani Bt Kamarolzaman , Pensyarah JKE.





Post a Comment

0 Comments