Syabas dan tahniah diucapkan kepada En. Azhar bin Abd Hamid (Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi) dan Pn. Siti Nurul Hazwani binti Kamal (Jabatan Matematik, Sains & Komputer) yang telah berjaya meraih tempat kedua Kategori Pensyarah dalam POLYCC LLM League 2025, mewakili Politeknik Kuching Sarawak pada 17 Ogos 2025 bertempat di Shah Alam Convention Center.
Pertandingan berprestij ini memberi tumpuan kepada bidang Generative AI, khususnya pembangunan Large Language Model (LLM). Ia bukan sahaja menguji kemahiran peserta dalam memahami proses latihan dan aplikasi sebenar LLM, malah turut membuka ruang baharu dalam inovasi teknologi pendidikan.
Setiap peserta yang bertanding perlu memenuhi beberapa keperluan utama pertandingan ini, antaranya:
-
Menjana high-quality dataset menggunakan kaedah tersendiri.
-
Melaksanakan fine-tuning hyperparameter dengan platform AWS SageMaker.
-
Menyediakan final submission dataset untuk proses penilaian di Leaderboard.
Video penuh pertandingan ini boleh ditonton melalui saluran Youtube EduTV@Polycc:
Pertandingan Akhir POLYCC LLM League 2025
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga PKS untuk terus melangkah maju dalam bidang inovasi dan teknologi digital, seterusnya menyumbang kepada pembangunan TVET dan kemajuan negara.
0 Comments