Komponen Blended Learning

KOMPONEN

Pembelajaran Teradun di Politeknik Malaysia mengandungi beberapa komponen pembelajaran yang dikenali sebagai ‘komponen pembelajaran teradun’. Setiap komponen ini mempunyai peranan yang tersendiri dalam memastikan pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan. Berikut adalah komponen pembelajaran teradun tersebut iaitu:
  • LO (Learning Object)
  • e-Notes
  • e/Collaborative Classroom
  • Complementary e-Contents
  • Practical

1. LO (LEARNING OBJECT

LO atau‘Learning Objects’ adalah satu sesi pembelajaran yang lengkap yang di boleh dipelajari oleh pelajar secara atas talian. Ia selalunya dalam bentuk syarahan atas talian berserta powerpoint / animasi / gambar dll berkaitan dengan satu topik yang dipilih dari kurikulum politeknik (rujuk gambar di bawah). Setiap LO mestilah dibina dengan menggunakan perisian tertentu dengan mempunyai keupayaan dengan SCORM (Sharable Content Object Reference Model). LO yang dibina melalui teknologi SCORM boleh dipantau kegunaannya oleh pelajar melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System – LMS) seperti CIDOS (Curriculum Information Development Online System). LO ini adalah sebahagian dari komponen pembelajaran terarah, di mana kehadiran pelajar melalui LMS boleh diterima sebagai kehadiran. Masa pembelajaran (learning time) untuk satu LO adalah satu jam. Setiap LO mesti mempunyai lima bahagian yang wajib dilawati oleh pelajar iaitu,
  • Introduction
  • Concept
  • Summary
  • Assessment
  • Reference
Maka, LO (SCORM) adalah bentuk eKandungan yang paling menyeluruh jika dibandingkan dengan bahan-bahan lain.

Bentuk LO dalam LMS CIDOS


2. e-NOTES

e-Notes’ atau e-Nota adalah nota pensyarah yang telah disemak dan dimuat naik ke LMS dan dimuat turun ke peranti akses komersial (rujuk gambar di bawah). Ia dianggap sebagai pembelajaran terarah di mana pensyarah perlu memastikan supaya e-Notes ini dibaca dan masa pembelajaran adalah di antara satu hingga tiga jam (bergantung kepada kandungan). Komponen ini adalah dalam bentuk dokumen PDF (Portable Document Format).

e-Nota


3. e/COLLABORATIVE CLASSROOM

Ia merupakan komponen pembelajaran teradun yang terpenting kerana pensyarah boleh memantau dan mengukur kefahaman pelajar. Komponen ini berbentuk perbincangan yang boleh dilaksanakan sama ada secara atas talian (menggunapakai aplikasi WEB 2.0: Contoh Edmodo) atau secara bersemuka .Komponen ini hendaklah dilaksanakan berasaskan kefahaman ‘Flipped Classroom’ dan dikira sebagai komponen pembelajaran terarah. Ia juga adalah komponen paling fleksibel kerana memberi peluang kepada pensyarah atau institusi untuk memilih sama ada kelas perbincangan perlu diadakan secara bersemuka atau secara atas talian berteraskan definasi operasi Pembelajaran Teradun.

Collaborative Classroom menggunapakai applikasi  Edmodo

Collaborative Classroom secara bersemuka.


4. COMPLEMENTARY e-CONTENTS

Ini adalah komponen tambahan yang diharap dapat mengukuhkan kefahaman pelajar. Komponen ini boleh dibangunkan di dalam bentuk VIDEO KOMPLIMEN, ‘PODCAST’ dll. Terdapat dua jenis Video Komplemen iaitu Video Demonstratif dan Video Konseptual. Video Demonstratif adalah video yang menunjukkan cara sesuatu proses kerja amali dijalankan, manakala Video Konseptual menerangkan konsep atau teori sesuatu tajuk. Komponen ini dianggap sebagai Pembelajaran Terarah Kendiri (Independent Learning). Ia tidak dibina dengan menggunakan teknologi SCORM, maka penggunaannya tidak boleh dipantau oleh LMS. Tujuan komponen ini hanyalah sebagai pengukuhan (komplementari).

Video Demonstratif

Video Konseptual


5. PRACTICAL

Komponen ‘Practical’ atau pembelajaran amali adalah komponen pembelajaran teradun terakhir yang diamalkan di Politeknik. Walaupun komponen ini tidak akan dilaksanakan secara atas talian tetapi ia masih satu komponen penting dalam pengiraan konsep pembelajaran teradun. Ini adalah kerana kesemua komponen-komponen lain seharusnya dibangunkan dengan mengambil kira keberkesanan pengalaman amali yang akan dilalui oleh pelajar. Komponen ‘Complementary e-Contents’ seperti video demonstratif boleh dibangunkan untuk membantu pelajar memahami proses kerja dengan lebih berkesan.
 
Kerja Amali
Jumlah komponen pembelajaran teradun yang perlu dibangunkan haruslah dibincang bersama pakar kandungan (content experts) bagi memastikan ia berpadanan dengan keperluan topik tersebut. Kelima-lima komponen pembelajaran teradun mestilah digabungkan dengan menggunakan jadual ‘BLENDED LEARNING DISTRIBUTION TABLE (BLDT)’.

Post a Comment

0 Comments