Pengenalan BLDT & BLFR


Bagi mengukur tahap pencapaian elemen pelaksanaan blended learning pensyarah Politeknik Malaysia, Jabatan Pendidikan Politeknik telah memperkenalkan DUA (2) borang khusus iaitu

  1. Borang Blended Learning Distribution Table (BLDT)
  2. Borang Blended Learning Fulfillment Record (BLFR)


Borang BLDT digunapakai bagi melaksanakan amalan Pembelajaran Teradun mengikut kehendak Masa Pembelajaran Pelajar, SLT (Student Learning Time). Pengiraan BLDT hanya memfokus kepada jumlah masa ‘Lecture’ atau ‘Theory’ yang diambil dari dokumen kurikulum. Masa ini dijadikan sebagai asas untuk pengiraan jumlah bahan LO, dan eNotes yang perlu dibangunkan untuk sesuatu kursus. Selain dari itu, jumlah masa eKolaborasi Kelas (e/Collaboration Classroom @ e/CC), juga dapat dikenalpasti. Antara pengisian e/CC adalah pembelajaran berbentuk:

  1. Active Learning
  2. Collaborative Learning
  3. Cooperative Learning
  4. Problem Based Learning

Satu kursus akan di anggap blended sekiranya ia mempunyai sekurang-kurangnya lima belas (15) item pembelajaran yang dikelolakan secara atas talian. Borang BLFR adalah satu rekod yang memastikan bahawa sesuatu kursus telah atau belum mencapai tahap blended.

Kedua-dua borang dan maklumat BLDT dan BLFR di cadangkan di tempatkan ke dalam fail rekod pensyarah (FRP) sebagai bukti perancangan mengajar.


Siapa yang perlu melengkapkan BLDT & BLFR ini?

Pengisian borang-borang ini DIWAJIBKAN kepada pensyarah yang mengajar kursus (tahap DIPLOMA) 100% teori, atau teori-praktikal (dengan sebarang nisbah). Pensyarah yang mengajar kursus 100% praktikal & terlibat dengan pengajian tahap Sarjana Muda adalah DIKECUALIKAN.

Post a Comment

0 Comments