Laporan Perbincangan Kolaborasi Strategik
Masa: 9.00 Pagi
1.0 Pengenalan
Sesi perbincangan
kolaborasi strategik antara GiG Venture dan Politeknik
Kuching Sarawak (PKS) berlangsung pada jam 9.00 pagi,
dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Akademik PKS, Ts. Aidawati binti
Mustapha.
Perbincangan ini fokus kepada usaha memperkukuh ekosistem digital
talent development melalui integrasi:
a)
PDTI MDEC (Premier Digital Tech Institution) – Penjenamaan
dan standard kualiti institusi TVET
b)
SDEC (Sarawak Digital Economy Corporation) &
TEGAS (Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak) – Sokongan inisiatif
ekonomi digital negeri.
c)
eDOLA – Ekosistem pembelajaran digital
yang merangkumi eLearning, digital credential,
dan AI-powered learning tools.
2.0 Agenda Perbincangan (9.00 pagi)
2.1 Penjenamaan Digital & Kolaborasi GiG Venture x PKS
a)
Perbincangan awal menyentuh peluang pembangunan modul industry-driven khusus
untuk pelajar JTMK dan jabatan lain.
b)
GiG Venture mencadangkan integrasi AI-driven content creation, cloud-based
development, dan industry microlearning sebagai elemen
baharu modul pembelajaran.
c)
PKS menyatakan komitmen untuk menyesuaikan inisiatif ini dengan
standard PDTI MDEC, termasuk aspek industri, kurikulum, dan talent
pipeline alignment.
2.2 Penyelarasan Dengan Agensi Negeri Sarawak seperti SDEC & TEGAS
a)
Cadangan untuk menyelaraskan projek kolaborasi dengan rangka kerja SDEC
& TEGAS, termasuk Digital Talent Readiness, Skills
Acceleration, dan Digital Innovation Sandbox.
b)
Projek seperti Digital Mentor Program, AI Fluency
for Educators, dan e-Portfolio Advanced dicadang untuk
dimasukkan ke dalam roadmap.
2.3 Integrasi Ekosistem eDOLA
a)
Perbincangan menyentuh potensi eDOLA menjadi central learning
experience platform untuk pensyarah & pelajar PKS.
b) GiG Venture bersedia membantu dalam komponen: Pembangunan interactive content & Penggunaan generative AI untuk personalized learning.
c)
Penekanan diberikan supaya modul PKS mampu menyumbang secara langsung
kepada ekosistem eDOLA sebagai content provider dan model
pilot institution.
3.0 Sesi Lawatan (10.15 pagi)
Delegasi GiG Venture dibawa melawat fasiliti utama di PKS:
1. TECC 3.0
a)
Cadangan menaik taraf ruang kepada AI & Innovation Studio.
b) Demonstrasi fasiliti technology-enhanced learning.
2. Dewan Jubli Perak PKSPerbincangan mengenai potensi pelaksanaan event digital seperti AI Bootcamp, EduHackathon, dan Startup Pitchday.
4.0 Kesimpulan & Tindakan Susulan
Perbincangan hari ini berjaya mengenal pasti beberapa potensi
kolaborasi:
a)
Penjajaran roadmap PKS kepada standard PDTI MDEC untuk
memantapkan identiti digital institusi.
b)
Pelaksanaan program bersama GiG Venture, SDEC &
TEGAS bagi memperluas peluang digital upskilling pelajar.
c)
Integrasi ekosistem eDOLA untuk menjadikan PKS sebagai
peneraju digital learning innovation.
d)
Pembangunan modul dan projek berimpak tinggi dengan sokongan industri
melalui GiG Venture.
Sesi susulan dicadangkan pada awal tahun 2026 bagi merangka Implementation
Timeline dan Pilot Project 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan PKS atas
sokongan dan kesediaan membina kerjasama ini.















0 Comments