Tahniah PKS! Sasaran 100% Pembelajaran Digital 2025 Berjaya Dicapai



Politeknik Kuching Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa e-Pembelajaran atas kejayaan mencapai pencapaian SANGAT CEMERLANG dalam memenuhi Sasaran Kerja Tahunan 100% Pembelajaran Digital bagi Tahun 2025.


Selain itu, PKS turut mencatat pencapaian 5 STAR RATING dalam memenuhi Sasaran Kerja Tahunan Technology-enabled Collaborative Classroom (TeCC) bagi tahun 2025. Pencapaian ini menunjukkan keberkesanan pelaksanaan persekitaran pembelajaran kolaboratif berasaskan teknologi yang menyokong pengajaran lebih interaktif, dinamik dan berpusatkan pelajar.


Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan warga akademik PKS dalam memperkasakan penggunaan teknologi digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan kualiti penyampaian ilmu, malah selari dengan aspirasi pendidikan TVET yang menekankan pembelajaran yang fleksibel, interaktif dan berteraskan teknologi.


Kejayaan ini turut mencerminkan kerjasama padu antara pensyarah, pentadbir serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan pelaksanaan pembelajaran digital dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan di peringkat institusi.


Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh inovasi dalam e-Pembelajaran serta melonjakkan lagi kecemerlangan Politeknik Kuching Sarawak dalam era pendidikan digital.


Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.







Post a Comment

0 Comments